.quickedit{ display:none; }
Hatur saur ka urang Lembur, bagea ka baraya nu ti kota

Selasa, 02 Agustus 2011

Kapan Imam Ali as menjadi Washi Rasulullah saww ?

Tarikh Thabari biar ente PahaM ...... Hadith al-Dar atau al-Indhar (Hadith jemputan di rumah atau hadith peringatan) Sabda Nabi SAWW:"Ini 'Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan khalifahku selepasku." Hadith ini telah diriwayatkan oleh para penghafal, para ulama hadith, sirah, dan sejarah dari golongan Sunnah dan Syi'ah di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka. 

Mereka mengakui kesahihan dan kemuliaannya serta perawinya yang ramai. Lantaran itu tidak heranlah jika ianya diterima oleh sejarawan-sejarawan umat Islam kerana ianya adalah jelas dan nyata, tidak ada kesamaran lagi bahwa hadith ini datangnya dari Rasulullah SAWW pada permulaan dakwahnya. 

Al-Tabari telah menyebutkannya di dalam Tarikhnya (Tarikh, II, hlm. 216. ) dari Abu Hamid bahwa dia berkata:"Salmah telah memberitahukan kami dan dia berkata: Muhammad b. Ishak telah memberitahukan kepadaku dari 'Abdu l-Ghaffar b. al-Qasim dari al-Minhal dari 'Umar dari 'Abdullah b. al-Harith b. Naufal b. al-Harith b. 'Abdu l-Muttalib dari 'Abdullah b. 'Abbas dari 'Ali bin Abu Talib AS berkata:Manakala ayat al-Indhar (al-Syuara'(26): 214):"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" diturunkan ke atas Rasulullah SAWW, beliau memanggilku dan berkata: “Wahai 'Ali! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya memberi peringatan kepada keluarga anda yang terdekat.

Maka akupun merasa cemas, kerana aku mengetahui bahwa apabila aku kemukakan kepada mereka perkara ini, aku akan lihat apa yang aku tidak meyukainya. Maka beliau terus berdiam diri mengenainya sehingga datang Jibra'il dan berkata: Wahai Muhammad! Sekiranya anda masih tidak melaksanakan apa yang diperintahkan kepada anda, nescaya anda akan disiksa oleh Tuhan anda. Justeru itu sediakanlah (wahai 'Ali) untuk kami segantang makanan dan letakkan di atasnya satu kaki kambing serta isikan untuk kami satu bekas yang berisi susu. 

Kemudian kumpulkan untukku Bani Abdu -Muttalib sehingga aku sendiri bercakap kepada mereka dan menyampaikan apa yang diperintahkan kepadaku. Maka aku melakukan apa yang diperintahkannya. Kemudian aku menjemputkan mereka untuknya. Bilangan mereka pada hari itu lebih kurang empat puluh orang lelaki. 

Di antaranya bapa-bapa saudaranya Abu Talib, Hamzah, al-'Abbas dan Abu Lahab. Apabila sahaja mereka berkumpul di tempatnya, beliau memanggilku supaya membawa makanan yang aku sediakan untuk mereka. Manakala aku meletakkanya, Rasulullah SAWW mengambil sepotong daging dan memecahkannya dengan giginya. Kemudian mencampakkannya di tepi hidangan itu, kemudian beliau bersabda: Ambillah kalian dengan nama Allah. Orang ramai memakannya sehingga kenyang. Aku tidak melihat melainkan tempat tangan mereka. 

Demi Allah di mana jiwa 'Ali di tanganNya. Sekiranya seorang dari mereka memakannya, nescaya aku tidak dapat mengemukakannya kepada yang lain. Kemudian beliau bersabda:"Berikan minuman kepada mereka semua," maka aku membawa kepada mereka bekas itu. Mereka meminumnya sehingga puas. Demi Tuhan sekiranya seorang dari mereka meminumnya nescaya ianya tidak akan mencukupi untuk orang lain. Apabila Rasulullah SAWW ingin bercakap kepada mereka, Abu Lahab mendahuluinya dan berkata:"Sahabat kalian telah menyihirkan kalian. 


Maka orang ramaipun bersurai tanpa memberikan kesempatan kepada Rasulullah SAWAW untuk memperkatakan sesuatu kepada mereka. Maka beliau bersabda:"Besok wahai 'Ali sesungguhnya lelaki ini telah mendahuluiku sebagaimana anda telah mendengarnya. Maka orang ramaipun bersurai sebelum sempat aku memperkatakan kepada mereka. Justeru tiu sedialah makanan untuk kami sebagaimana anda telah menyediakannya kelmarin. 

Kemudian kumpulkan mereka untukku. Maka akupun melakukannya. Kemudian aku mengumpulkan mereka. Kemudian beliau memanggilku supaya aku membawa makanan itu. Maka akupun membawanya kepada mereka. Beliau melakukannya sebagaimana beliau telah melakukannya kelmarin. Mereka makan sehingga kenyang. Kemudian beliau bersabda:"Berikan mereka minuman," maka akupun membawa minuman campuran susu itu. Lalu mereka meminumnya dengan sepuas-puasnya. 

Kemudian Rasulullah SAWW bercakap dan bersabda:"Wahai Bani ABdu l-Muttalib! Sesungguhnya demi Tuhan aku tidak mengetahui seorang pemuda Arab yang datang kepada kaumnya dapat mengemukakan apa yang lebih baik dari apa yang aku kemukankan untuk kalian. Sesungguhnya aku akan membawa kepada kalian kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya menyeru kalian kepadaNya. Maka siapakah di kalangan kalian yang akan membantuku di dalam urusan ini dan dialah yang akan menjadi saudaraku, wasiku, dan khalifahku pada kalian? Dia ('Ali) berkata: Orang ramai mulai merasa cemas mengenainya.

Maka akupun berkata: Sesungguhnya aku adalah orang yang paling muda di kalangan mereka, orang yang paling mengidap sakit mata di kalangan mereka, orang yang paling besar perut di kalangan mereka, dan orang yang paling kecil betisnya di kalangan mereka. Aku, wahai Nabi Allah, akan menjadi wazir anda di dalam perkara itu, maka beliaupun memegang tengkukku. Kemudian dia bersabda:"Sesungguhnya ini adalah saudaraku, wasiku dan khalifahku pada kalian. Maka dengarlah kalian kepadanya, dan patuhilah." Beliau berkata: Orang ramai bangun dan ketawa sambil berkata kepada Abu Talib, sesungguhnya beliau telah memerintahkan anda supaya mendengar anak anda dan mematuhinya.( Sarah Farouk)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar